Stadium Emirates
Stadium Emirates atau Ashburton Grove merupakan sebuah stadium bola sepak yang terletak di Bandaraya London, England. Ia dibina oleh kumpulan pereka yang terdiri daripada syarikat Populous, perunding pembinaan Arcadis UK dan firma Buro Happold. Stadium ini merupakan gelanggang kelab kepada sebuah pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris iaitu Kelab Bola Sepak Arsenal. Sebelum itu, kelab ini menjadikan Stadium Highbury di Highbury, London Utara sebagai markas utama mereka sejak 6 September 1913 hinggalah 7 Mei 2006.
Read article





